Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune
Subscribe to Zinmag Tribune by mail

G.P.P.S.

Monday, February 16, 2009
This is posted to share our team members the background of GPPS as we are currently promoting its name by using its free T-Shirts. Credits to GPPS. With this knowledge, every member has the opportunity to answer to the curiosity of public. It is posted in Malay, as referenced to 'Sumbangsih MBDT: Sempena Sambutan 40 tahun Majlis Belia Daerah Tutong' and updated accordingly.

Sorry to bore you but we need to know this... Thanks for continue reading it!




Gerakan Pakatan Pemuda Sukarela (GPPS) mengadakan mesyuarat pertama penubuhannya pada 4 March, 1962 jam 9.00 pagi bertempat di Sekolah Melayu Muda Hashim, Tutong. Surat pertama yang telah dihantar kepada mereka yang dijemput hadir kemesyuarat itu bertarikh 25 February, 1962 yang ditandatangani oleh Mohd. Suni bin Idris b/p Jawatankuasa Perancang GPPS iaitu 47 tahun yang lalu.



Kali terakhir GPPS mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ialah pada 8 Mei 1981 iaitu 28 tahun yang lalu. Mesyuarat Agung Tahunan ditahun-tahun berikutnya tidaklah dapat diadakan seperti sepatutnya mengikut di Peruntukan dalam Undang-Undang penubuhan GPPS disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan seperti Ahli Jawatankuasa Tertinggi bertugas di luar negeri dan ada yang meninggal dunia.


Satu mesyuarat untuk menghidupkan kembali Persatuan ini telah diadakan pada 31 March 2000 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Daerah Tutong yang dihadiri oleh beberapa orang ahli sebagai badan Bertindak Sementara, bagi memantau perjalanan pentadbiran persatuan dan menasihati untuk mengadakan Mesyuarat Agung. Dalam usaha pembentukan itu, satu perjumpaan atas sokongan ahli jawatankuasa lama telah bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Agung. Sebelum mengadakan Mesyuarat Agung, beberapa mesyuarat-mesyuarat telah diadakan termasuklah berbincang beberapa pindaan Undang-Undang Tubuh GPPS. Undang-Undang Tubuh GPPS telah diadakan dua kali pindaan iaitu pada tahun 1980 dan 2000. Pada tahun 2000 yang lalu, Undang-Undang Tubuh GPPS telah dibuat untuk disesuaikan dengan perkembangan masa ini.



GPPS mula bergerak aktif selepas Mesyuarat Agung pada 29 Rabiulawal 1421 bersamaan dengan 2 Julai 2000 (Ahad) bertempat di Bilik Mesyuarat Komplek Sukan, Daerah Tutong dengan penubuhan sebuah jawatankuasa baru.



Ahli Jawatankuasa Tertinggi GPPS (Sesi 2008-2010) terdiri daripada:

Yang Di Pertua: Yang Mulia Haji Abdul Rahim bin Abdul Latif
Naib Yang Di Pertua: Yang Mulia Awang Abdul Khalid bin Abdul Latip
Pengerusi Tetap: Yang Mulia Awang Mohd Shariff bin Haji Naweh
Setiausaha Agung: Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Abdul Latif
Bendahari Agung: Yang Mulia Awang Haji Ibrahim bin Haji Husaini
Ahli-Ahli Tanpa Jawatan: Yang Mulia Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Yahya
Yang Mulia Awang Haji Haris bin Pehin Orang Kaya Perkerma Sura Haji Abd Manan
Yang Mulia Hajah Arbaeyah binti Orang Kaya Seri Wijaya Haji Abdullah
Yang Mulia Awang Sulaiman bin Md Said


Persatuan ini dinamakan Gerakan Pakatan Pemuda Sukarela, ringkasnya GPPS, dalam bahasa Inggeris United Youth Voluntary Movement.


Pusat Kedudukan Persatuan ini ialah di Daerah Tutong dan beribu Pejabat dimana sahaja tempat yang bersesuaian bagi menjalankan pentadbirannya.


Sesiapa sahaja yang berasal atau bermastautin di Daerah Tutong boleh memohon untuk menjadi ahli setelah mencapai umur 15 tahun dengan cara mengisi borang permohonan yang telah disediakan oleh Persatuan ini dan mengembalikan kepada Setiausaha Agung. Permohonan tersebut akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Tertinggi dan keputusannya akan dimaklumkan kepada pemohon dengan cara pemberian sijil ahli.


Pemohon yang diterima menjadi ahli di kehendaki membayar sebanyak $20 (Dua Puluh Ringgit Sahaja) sebagai wang pendaftaran.


Quote for the day: Deviate an inch, lose a thousand miles. Chinese Proverb


Posted in: Our News
You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "G.P.P.S."

Followers

Powered By Blogger

About Us

My photo
A photography team est on the 31st August 2008, based in Brunei. For more details of our team, please see 'About Us'. For any queries, please contact Nanie 8735788 or Fizah 8772842 or drop us an email at hiphotographer@gmail.com. Thank you.
Photobucket
Photobucket